Sayangilah orang yang mencintai kita dan hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada . Kata-kata itulah yang sentiasa aku ingat di dalam minda aku ini .
"Hei , termenung jauh nampak !" sergah Alisya dari belakang sambil menepuk bahu aku . "Ya Allah Lisya , terkejut aku tau , cubalah bagi salam dulu. Ni tak , main sergah je. Nasib baik aku tak ada sakit lemah jantung tau." balasku lemah . "hahaha .. maaf lah Alina , aku tak sengaja. Gurau je tadi sebab aku tengok kau termenung jauh je tadi . Kau ada masalah ke ?" soal Alisya padaku. "Eh tak ada apa-apa pun . Aku ok la , jangan risau la ye .. Jomlah balik ke kelas , loceng da berbunyi ni."
Setibanya aku ke kelas , aku berasa terkejut kerana ada sekeping nota terletak di atas meja aku . Aku pun tanpa berlengah terus membaca nota tersebut. "Assalamualaikum Alina , nanti selepas sekolah kita balik sama-sama ye awak. Saya nak ajak awak makan ais-krim. Boleh kan sayang? IKHLAS daripada : Syafiq Ashreeq" begitulah isi nota tersebut yang berjaya membuat aku tersenyum sendirian. Syafiq sememangnya amat gemar memakan ais-krim kerana baginya ais-krim dapat membuat dirinya berasa lebih tenang.
Setelah tamat waktu persekolahan , aku menunggu Syafiq di tempat biasa. "ishh, mana pulak budak macha ni. Janji nak jumpa lepas sekolah tapi da pukul berapa ni, lembab betol la anak macha seekor ni" gumam Alina sendirian. 15 minit kemudian barulah Syafiq datang sambil berlari-lari anak. "Hei , da lama tunggu ke sayang ?" kata Syafiq sambil tercunggap-cunggap. "Woi macha ! janji pukul berapa tapi sampai pukul berapa hah ?" jawabku dengan nada yang marah. "Ala Alina , jangan lah marah saya , tadi saya jumpa cikgu jap , tu yang lambat. Maaf ye awak. Ermm macam ni la ye , apa kata saya belanja awak harini ? ok tak, please jangan marah." pujuk Syafiq. "Betul ni ? Saya nak awak belanja saya ais-krim yang paling mahal sekali tau. Janji ye Syafiq , kalau tak saya taknak kawan awak lagi." balasku sambil tersengih. Syafiq pula hanya mengganguk tanda setuju.
Dalam perjalanan ke kedai ais-krim , tiba-tiba ada sebuah kereta memecut dengan laju dan baju Alina terkena lopak air begitu teruk. "Bodoh la kereta tu ! buta ke hah ada orang , nak pecut laju-laju , habis baju aku da kotor !" marahku sambil memaki kereta tadi di dalam hati. Apabila Syafiq menyedari keadaan tersebut , dia terus membuka beg sekolahnya dan mengeluarkan sehelai baju jaket Versity dan terus memberinya kepadaku. "Nah , ambil versity ni dulu ok. Awak pakai la dulu , esok lusa pulangkan balik." kata Syafiq sambil memandang tepat ke arah mataku. Entah mengapa , aku dapat merasakan satu perasaan yang berbeza ketika Syafiq merenung tepat ke mataku, aku hanya mampu mengganguk tanpa bersuara.
Setibanya di kedai ais-krim , Syafiq menyuruh aku duduk dahulu dan dia pergi mengambil ais-krim tersebut. Beberapa minit kemudian , Syafiq datang dengan membawa dua ais-krim. Syafiq mengambil perisa mocha choco dan big chocolate special untuk aku. Ais-krim big chocolate special itu sememangnya ais-krim yang paling sedap dan juga mahal di kedai ais-krim tersebut. "Wah , my favourite ais-krim ! Syafiq thanks ye awak. I love it." ujarku dengan begitu gembira. Aku seolah-olah lupa akan kemarahan aku tadi. Memang betul kata Syafiq , ais-krim dapat membuat kita berasa lega. "Alina , sebenarnya saya suka pada awak." ujar Syafiq selamba. Aku tersedak dan begitu terkejut apabila Syafiq memberitahu aku begitu , walaupun hakikatnya itu bukan kali pertama dia berkata sedemikian. "Adoi macha , saya tahu la awak suka saya. ermm saya kan kawan baik awak. Mestilah awak suka saya sebagai kawan kan , apa la awak merepek ni." jawabku seolah-olah tiada apa yang berlaku. Syafiq pula hanya duduk diam menghabiskan ais-krimnya apabila mendengar jawapanku. Dia kelihatan agak sedih kerana setiap kali dia meluahkan perasaannya kepadaku , jawapan aku hanya seperti main-main dan tidak serious.
Usai makan , Syafiq menghantar aku pulang ke rumah seperti kebiasaannya. "Thanks sudi teman saya makan ais-krim." kata Syafiq. "Amboi , lewatnya kamu berdua balik ni ? dari mana , pergi makan ais-krim lagi ke ?" tanya ibuku. "Ke mana lagi kami nak pergi mak kalau kami balik lambat , mestilah kami pergi makan ais-krim. Mak ni pun satu , sudah gaharu cendana pula , sudah tahu bertanya pula." jawab aku selamba. "Ye lah sayang , nanti terus pergi mandi dan makan, ajak Syafiq sekali." balas ibuku. "Jum la, mak saya da ajak kita makan tengah hari ni , masukla rumah tu , takkan nak saya hamparkan red carpet lak." aju ku kepada Syafiq. "Err , tak apa la. Lain kali saja la, saya balik dulu , takut nanti mak saya cari lak kat rumah. Bye Alina , jumpa esok." balas Syafiq sambil melambaikan tangan kepadaku.
Selesai mandi , solat dan makan , aku duduk di dalam bilik tidur ku sambil online facebook dan twitter ku. Tiba-tiba handphone aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Aku mencapai handphone aku di meja belajar dan rupanya Syafiq yang menghantar mesej kepada aku. "Assalamualaikum , sorry kalau ganggu awak sekarang , saya nak bagi tahu yang esok saya tak datang sekolah. Saya ada hal penting , dan harap esok awak dapat datang makan lunch di rumah saya. jangan lupa ok." begitu lah isi mesej tersebut dan aku hanya mambalas " ohh yeke. ermm ok la kalau cam gitu , saya datang rumah awak selepas sekolah. ok bye Syafiq." Keesokan harinya , aku memaklumkan kepada cikgu bahawa Syafiq tidak hadir ke sekolah. Padaku , jika dia tidak datang ke sekolah , hariku tidak berasa seronok di sekolah kerana , selalunya Syafiq yang sentiasa datang untuk menggembirakan aku dengan lawak jenakanya mahupun dengan usikannya , sehinggakan pelajar-pelajar yang lain berasa cemburu melihat keakraban kami berdua. Al-maklum , Syafiq merupakan pelajar lelaki yang paling handsome di sekolah dan diminati ramai.
Habis waktu sekolah , aku terus pergi ke rumah Syafiq. Dalam perjalanan , sebuah kereta mewah berhenti di hadapanku . Rupa-rupanya Syafiq datang menjemput aku. "Hei Alina , masuklah. Awak da janji nak datang rumah saya kan, sebab itu saya datang jemput , takut nanti awak lupa lak." ujarnya. Aku pun masuk ke dalam kereta dengan segera kerana khuatir ada pelajar yang salah sangka terhadap kami. Di dalam kereta , banyak yang aku dan Syafiq bual kan sehingga pakcik pemandu kereta itu pun bergelak ketawa dengan kami. Sampai sahaja di rumah Syafiq , aku bersalaman dengan ibu bapa Syafiq. Kemudian , kami semua pergi menjamah makanan di ruang dapur bersama-sama. "Sedapnya makanan yang makcik sediakan , pandai makcik masak." puji ku kepada ibu Syafiq. "Terima kasih Alina , betul ke sedap? kalau betul , alhamdulillah. Hari ini memang makcik sengaja masak sedap-sedap dan banyak lauk , sebab tu makcik suruh Ashreeq jemput kamu datang makan di rumah makcik." ujar ibu Syafiq yang memanggil Syafiq sebagai Ashreeq. Selesai makan , aku membantu ibu Syafiq mengemas meja makan tersebut dan tolong mencuci pinggan mangkuk walaupun telah dilarang , tetapi aku berdegil juga hendak membantu.
"Terima kasih makcik dan pakcik sebab sudi mengajak saya datang makan di sini hari ni. Saya pulang dulu." kata aku sambil bersalam dengan kedua ibu bapa Syafiq sebelum pulang ke rumah. "Sama-sama , nanti jangan lupa kirim salam kepada ibu bapa kamu." balas ayah Syafiq. Aku dihantar pulang oleh Syafiq dengan menaiki kereta seperti mana aku datang tadi. Keluarga Syafiq amat peramah dan baik kepada aku.
Aku memberitahu ibu ku bahawa ibu bapa Syafiq mengirim salam kepada ibuku , dan ibuku juga menjawab salam mereka. Aku terus pergi mandi , solat dan mengulang kaji pelajaran sehingga petang. Pada waktu malam pula , selepas solat , aku akan pergi mengaji dan mengemas buku-buku untuk keesokan harinya. Besoknya , aku datang ke sekolah seperti biasa dan di sekolah , aku mencari kelibat Syafiq tetapi tetap tidak aku jumpa. Aku pun pergi bertanya kepada sahabat baik Syafiq sama ada dia nampak kelibat Syafiq ataupun tidak. Aku dimaklumkan bahawa Syafiq tidak hadir ke sekolah lagi hari ini. Aku terus mencuka sepanjang hari. Pada waktu balik , aku mendapat surat dari kawan baik Syafiq, "Ni ada surat untuk kau , aku tak tau dari siapa. So , kau baca je ok. Oh ya, sorry sebab aku tak bagi surat ni dari pagi tadi sebab aku dapat amanah ni , suruh bagi kat kau waktu balik , ok bye." kata kawan Syafiq. Aku hanya mengganguk lemah dan tertanya-tanya siapakah yang memberi aku surat itu. Aku terus membaca surat itu yang berbunyi :
"Ke hadapan Alina , insan yang amat bermakna dalam hidupku. Sebelum itu , saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke sekolah hari ini. Alina , sebenarnya saya betul-betul menyayangi dan mencintai awak. Setiap kali saya meluahkan perasaan saya kepada awak , awak menganggap bahawa saya hanya bergurau. Sedih sangat hati saya apabila awak buat macam tu. Saya sedar siapa lah saya pada mata awak kan. Saya ni hanya layak untuk berkawan dengan awak sahaja, tetapi saya tetap taknak putus asa. Bagi saya , tidak apa jika awak tidak mencintai saya , tapi saya nak habiskan masa saya dengan awak. Sebab tu, saya selalu ajak awak berjalan-jalan , pergi makan ais-krim , buat lawak dengan awak dan macam-macam lagi. Saya sanggup hantar awak balik sebab saya taknak ada lelaki lain kacau awak. Saya betul-betul ikhlas kepada awak tanpa awak sedari. Atas sebab itu juga , saya sengaja menyuruh awak datang rumah saya semalam kerana mungkin itu kali terakhir awak akan datang ke rumah saya dan makan bersama-sama dengan keluarga saya. Dua hari saya tidak hadir ke sekolah sebab saya sibuk uruskan pasport saya dan kelengkapan saya. Kami sekeluarga akan pindah ke Kanada hari ni. Saya tak tahu bila kami akan balik ke Malaysia lagi. Maaf kerana tidak memberitahu awak lebih awal , sebab saya taknak lihat air mata awak mengalir di hadapan saya. Pada saya , air mata awak begitu bermakna , sebab itu saya taknak ia mengalir lembut di pipi awak . Saya hanya nak lihat kegembiraan dan senyuman sahaja yang terpancar pada muka awak. Ermm awak jangan la menangis apabila membaca surat ni. Saya nak beritahu awak bahawa sepanjang tempoh perkenalan kita , saya rasa sangat bahagia bila bersama awak. Saya selalu makan ais-krim dengan awak sebab awak sahaja yang mampu buat saya gembira apabila saya sedang sedih. Dan sebab tu juga saya cakap , makan ais-krim dapat buat saya rasa tenang , saya rasa tenang dengan adanya awak di sisi saya. Maafkan segala silap dan salah saya sepanjang kita berkawan. Remember that our friendship will never end. Awak lah insan yang paling berharga pada saya. Jangan menangis apabila kita terpaksa berpisah untuk selama-lamanya satu hari nanti , ingatlah detik-detik indah kita bersama. Andai suatu hari awak jumpa dengan orang yang awak cintai , ingat benda ni : Sayangilah orang yang mencintai kita da hargailah mereka selagi hayat mereka masih ada. Akhir kalam , saya doakan kejayaan awak dan saya berharap awak tidak akan lupa kan saya di dalam hati awak. Sekali lagi , maafkan salah saya dan TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA. Doakan saya selamat sampai di Kanada. Sebelum saya lupa , saya nak cakap ni . Saat awak membaca surat ni , saya dah ada dalam kapal terbang. "Cinta tidak pernah minta untuk dibalas , tetapi cukup jika pemilik cinta itu tahu untuk menghargainya." Salam sayang from your besfriend : Syafiq Ashreeq
Aku seolah-olah terdiam kaku dan berasa sangat sebak. Tanpa aku sedari , air mata aku deras mengalir pada pipiku. Sekarang baru aku tahu kenapa sejak kebelakangan ini sikap Syafiq berlainan. Mengapa dia pergi tinggal kan aku tanpa sebarang petunjuk. Kenapa dia merahsiakan hal ini kepadaku. Selepas ni , tiada orang yang hendak mengusik aku lagi , tiada lagi lawak jenaka dan tiada lagi yang akan hantar aku pulang setiap hari. Aku mencintai Syafiq juga , tapi aku takut untuk mengaku akan perasaan aku itu.
Sejak dari hari itu , kami jarang berhubung. Tujuh kemudian , aku mendapat surat dari Syafiq dan aku seolah-olah tidak percaya. Aku tidak menyangka dia masih ingat akan aku. Kami sentiasa berbalas surat walaupun ada kemudahan e-mel , kerana Syafiq ingin aku menyimpan surat itu buat kenangan. Kami berbalas surat selama setahun , sehingga satu hari , Syafiq menyatakan bahawa dia akan pulang ke Malaysia pada cuti semester akan datang. Aku berasa sangat gembira kerana akhirnya aku dapat berjumpa Syafiq setelah 2 tahun terpisah.
Cuti semester baru bermula dan aku semakin tidak sabar menunggu kedatangan Syafiq lusa. Kini , tibalah hari yang dinantikan oleh aku. Pada awal pagi lagi , aku bersemangat hendak berjumpa Syafiq di rumahnya. Tiba-tiba telefon aku berdering dan aku menjawab panggilan itu. "Assalamualaikum Alina. Ni makcik , ibu Ashreeq. Jangan lupa datang ke rumah makcik nanti pukul 2 ye sayang." kata ibu Syafiq. "Waalaikumsalam makcik , baiklah saya pasti akan datang. Jumpa nanti ye makcik. Assalamualaiku." kata aku mengakhiri perbualan kami.
Tepat pukul 2 , aku bergegas ke rumah Syafiq bersama ibuku. Aku membawa sebuah ukiran kayu hasil tangan aku sendiri untuk Syafiq. Aku juga membawa ais-krim untuk dimakan bersama dengannya. Setibanya aku di rumah Syafiq , aku dan ibu disambut mesra oleh ibu bapa Syafiq , tetapi kelibat Syafiq tidak kelihatan. Aku dan ibu berbual seketika dengan ibu bapa Syafiq sementara menunggunya untuk turun. Namun , jangkaan aku meleset. Kelibat Syafiq tidak juga kelihatan , lalu aku bertanya kepada ibu Syafiq. "Makcik , Syafiq mana ye ? kenapa dia tak turun lagi. dia ada di bilik lagi ke ? saya da tak sabar nak jumpa dia." Apabila ditanya sedemikian , wajah ibu bapa Syafiq berubah. Wajah mereka kelihatan sedih dan mereka hanya mendiamkan diri tanpa menjawab pertanyaan aku. "Makcik , pakcik . mana Syafiq ? kenapa makcik dan pakcik sedih ni? saya tanya saja." Kemudian , air mata ibu Syafiq jatuh berderai dan semakin deras. Aku mula berasa hairan dan aku dapat merasakan ada sesuatu yang mereka sembunyikan daripada aku. "Makcik , apa da jadi ? kenapa dengan Syafiq ? mana dia dan kenapa makcik nangis ? Makcik , pakcik , jawab la soalan saya." tanya aku dengan nada yang agak keras.
5 minit kemudian , baru ayah Syafiq bersuara. "Pakcik dan makcik minta maaf Alina. Syafiq tiada di sini. Dia tiada bersama kami." "Apa pakcik merepek ni ? kenapa nak minta maaf. Pakcik , tolong la jujur dengan saya. Di mana Syafiq? saya nak sangat jumpa dia , saya rindu dia. Please tell me the truth uncle. apa yang da berlaku?" desak aku kepada mereka. "Sebenarnya...sebenarnya... ermmm.. actually , Syafiq da meninggal dunia setahun yang lalu. dia meninggal kerana penyakit jantung berlubang. Kami pindah ke Kanada kerana Syafiq kena jalani pembedahan di sana. Pembedahan itu berjaya , tapi apa kan daya, Allah lebih menyayangi dia. I hope you accept it Alina. We are sorry because late to tell you." ujar ayah Syafiq sambil menitiskan air mata. " APA !!!!!!!!!!!!!!!! Syafiq da meninggal setahun yang lalu ? no way ! pakcik mesti tipu kan. tak mungkin itu terjadi sebab Syafiq berbalas surat dengan saya selama setahun pakcik ! no way . it's impasibble!" balasku dengan nada tinggi dan tidak percaya dengan berita yang aku dengar tadi. "kami minta maaf Alina. Syafiq Ashreeq da tiada. Anak kami da meninggal. selama setahun , bukan Syafiq yang menghantar surat itu kepada kamu , tetapi makcik dan pakcik yang tulis surat tu. Kami buat seperti itu atas permintaan Syafiq. Dia tidak mahu kamu tau keadaan dia yang sebenar. Ni surat terakhir daripada Syafiq." balas ayah Syafiq sambil memberi sepucuuk surat kepada aku.
"Assalamualaikum my sweetheart. Alina , mungkin pada saat awak memmbaca surat ini, saya sudah bertemu semula dengan Sang Pencipta di atas. Saya mohon awak jangan menyalahkan parents saya. ini semua permintaan saya kepada mereka. Saya yang menyuruh mereka untuk merahsiakan perkara ini kepada awak. Saya yang menyuruh mereka untuk sentiasa menulis surat kepada awak supaya awak tidak tahu apa yang terjadi pada saya. Ibu awak juga telah tahu akan perkara ini dan ibu awak juga da berjanji untuk merahsiakannya daripada awak. Saya yang menyuruh mereka untuk memberitahu awak perkara sebenar setelah genap setahun saya meninggal dunia. saya betul-betul minta maaf. Saya melakukan semua ini kerana saya amat menyayangi awak. Saya tidak mahu melihat awak sedih selama saya hidup , sepertimana surat saya yang dahulu. I want to see your smile not your tears. Maafkan saya , jangan marah mereka semua kerana tipu awak. it's my fault sweetheart. i'm so sorry. sayang , u must remember that life must be go on ok. awak da boleh hidup tanpa saya. awak da buktikan dan buktinya awak dapat lagi baca surat saya yang terakhir setelah genap setahun saya tiada di dunia. Carilah lelaki yang mampu mambahagiakan awak dan memimpin awak ke syurga. jangan ditangisi pemergian saya kerana sesungguhnya yang patah tumbuh dan yang hilang berganti. begitu juga seperti saya , carilah pengganti saya yang sesuai. terima kasih kerana telah membuat jangka hayat saya lebih bermakna. terima kasih dan syukur pada Allah kerana pertemukan saya dengan awak. you are so meaningful to me and you always make me happy. thanks for everything. Kalau awak rindu saya , makan lah ais-krim ok ? be happy tau. kalau awak sayang saya , kirimkan doa untuk saya. Akhir kalam , jangan lupa semua nasihat saya dan jalani lah kehidupan yang baru tanpa saya di sisi.. I LOVE YOU ENTIRE OF MY LIFE... maaf kerana saya tidak sempat meminang kau dengan bismillah... jangan menangis lagi Alina ku sayang . simpan memori kita bersama dan kuburkan saya jauh di dalam hati awak.. SMILE , CHEER , TAKE CARE =) "
Begitulah isi surat terakhir daripada insan yang aku cintai iaitu SYAFIQ ASHREEQ.. aku mula menerima hakikat yang sebenar dan mulakan hidup aku yang baru . Namun , kisah aku dan Syafiq tetap segar dalam ingatan dan ada di hati aku...
0 comments:
Post a Comment
Hello guys . Thanks for reading . Take Care :)