Wednesday, 1 August 2012
KEHIDUPAN
Di dalam hidup kita pasti ada pelbagai cabaran , dugaan , kisah suka dan duka . hidup kita umpama sehelai kain yang mempunyai pelbagai jenis corak dan warna . Kadangkala hidup kita juga seperti sebuah roda , ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita berada di bawah . Hidup kita juga diibaratkan seperti menaiki sebuah basikal , kita perlu mengayuh basikal untuk menggerakkannya , begitu juga dengan kehidupan kita seharian , kita perlu meletakkan usaha kita untuk berjaya . semakin tinggi usaha kita , insyaallah semakin mudah untuk kita berjaya jika disertai dengan doa . Apabila kita gembira atau dalam kesenangan , jangan lupa untuk bersyukur kepada Yang Maha Esa dan jangan bersikap riak dan sombong . Namun , apabila kita sedang berduka atau ditimpa musibah , berdoa lah kepada Tuhan supaya masalah atau kesedihan kita berkurangan . Jangan pernah ada sikap cepat mengalah atau merasakan dunia ini kejam dengan kita . Yang paling penting , kita jangan salahkan takdir atau mengatakan bahawa Tuhan itu tidak adil kepada kita . Sebagai seprang khalifah di bumi , kita harus ingat bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Tuhan tidak akan memberi cubaan atau dugaan yang hambanya tidak boleh lakukan . Anggap lah semua kesedihan atau kesusahan yang kita alami ini adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepada tuhan dan menguji tahap kesabaran kita . Demikian , pasti kita akan sentiasa berfikiran positif dan dapat menangani masalah dengan mudah . Tuhan tidak pernah kejam kepada manusia , tetapi manusia yang sentiasa kejam kepada tuhan . cinta juga begitu , cinta itu tidak buta dan cinta itu tidak kejam . manusia yang membuat buta apabila sedang bercinta seolah-olah mereka berada di atas awangan yang indah sehingga mereka buta dalam dunia realiti . manusia juga yang membuat cinta itu kelihatan kejam , sebagai contoh , sepasang kekasih yang sedang bercinta , tetapi salah satu daripadanya curang kepada pasangannya lalu mereka putus . pada saat itu pasti mereka mengatakan cinta itu kejam sedangkan hakikatnya manusia yang membuat cinta kelihatan kejam . apabila bercinta , kita seharusnya bersikap matang dan jangan begitu berharap . jika anda putus dengan kekasih anda , lebih baik anda redha dan mencari yang lain . jangan bersedih seolah-olah anda tiada harapan untuk hidup tanpa dia di sisi anda. mungkin anda berpisah dengan kekasih anda kerana dia bukan jodoh anda atau mungkin tuhan telah menyediakan pengganti yang lebih baik daripada si dia untuk anda . biarkan yang patah tumbuh dan yang hilang berganti . walau apa pun yang terjadi , teruskan lah hidup anda dengan berfikiran positif dan sentisa mengingati tuhan . berdoa kepadanya supaya anda dipertemukan dengan insan yang layak untuk anda dan mampu membimbing anda ke JANNAH .
Da Baca ? Like , Donate N Komen Ye .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Hello guys . Thanks for reading . Take Care :)