Sekolah aku join benda ni lewat 2 hari kerana kami ada hari sukan dan dapat surat lewat.. jadi , masa mula-mula tu , latihan kami di sekolah MBSKL seramai 80 orang .. sumpah mula-mula join tu , kami tak tahu apa-apa dan kami memang kata orang tu 'BLUR' gila la.. kami ikut je apa orang lain buat.. peh memang penat dan panas la masa tu .. cikgu dia pun boleh tahan GARANG dia.. esok nya , kami da boleh menyesuaikan diri dan da tahu la serba sikit apa yang kami kena buat ..
Masa dapat skrip tu , aku dan kawan aku da macam orang yang paling teruja la sebab skrip dia ala-ala kat kapal angkasa lepas , dengan gaya dia.. haha memang masa tu rasa teruja la.. best gitu.. haha jakun jap.. Kami buat latihan ni sebulan lebih la dan merata tempat jadi tempat latihan kami..
Dugaan yang paling susah aku rasa ialah kena buat latihan tengah panas dan masih kena buat latihan semasa puasa.. tapi masa puasa , kami berlatih di stadium titiwangsa , stadium cheras dan sekolah Tsun Jin..so , kurang sikit rasa panas sebab ada air-cond . haha nasib jeee...
Ok jum dengar apa yang best sepanjang latihan bicara berirama ye.. LET'S GO ... first of all , bagi aku la , aku suka dengan skrip dia sebab ada yang lawak dan awesome la.. Kedua , ramai kawan-kawan yang baru walaupun masa seminggu pertama semua stock sombong.. eh bukan sombong tapi malu nak tegur.. haha .. tapi , jujur aku cakap , aku banyak ketawa tengok gelagat dan keletah budak bicara berirama ni.. ramai yang sporting dan gila-gila... lepas tu , cikgu dia pun baik je.. bnyak yang lawa ..hehe..haa ada lagi .. sepanjang latihan , sekolah aku cam jadi baik sikit la.. semua jaga sikap , tak ada yang buat kesalahan berat .. next , best sebab tak perlu la datang sekolah !!! yehaaaaa...Masa kat sana gak , banyak gelaran aku dengar .. contoh cam boyot , buncit , nenek tua , one two , ckgu comel , mr misai , mr potato dan bnyk lg.. macam-macam kamu semua ni ... haha..
Ok now for the sad story lak , even tak ada la sedih mana .. hehe.. latihan ni tak best sebab asyik kea marah dan dimaki je.. tapi tak apa , salah kami juga dan kami da biasa.. dengan bebelan cikgu-cikgu la kami da buat yang TERBAIK semasa merdeka haritu .. kau setuju kann , eleh jangan tipu...ok back to topic , perkara yang tak best ialah kena selalu bangun awal atau anda akan ditinggalkan.. bagi aku ni susah gila sebab aku jenis suka bangun lewat la.. hanya untuk ni je aku bangun awal .. bangga tol aku..lepas tu , bila ada yang salah buat semasa latihan , kena la ulang-ulang banyak kali .. penat wokkk.. kau pikir senang ke haa.. da banyak kali suara aku hampir hilang sebab benda ni.. lepas tu , yang tak best nya , kami susah dapat pujian dari cikgu.. tapi tak pe , itu bagi aku ialah satu cabaran untuk bagaimana hendak membuat cikgu bangga dengan kami.. ermmm oh ya , tak best sebab tak boleh bawa beg semasa latihan dan props dia bukan main banyak lagi .. kemudian 25 ogos tu , buat latihan di dataran.. pehh memang hitam da kami semua.. ada yang sunburn , belang-belang dan sama jenis apa yang hitam laaa... elok-elok white terus black.. tapi kami hitam manis hahahhaha....itu yang paling menyedihkan la... terpaksa korban masa , tenaga dan warna kulit demi negara..
KESIMPULANNYA , apa yang aku belajar di situ ialah , kita kena hargai jasa pejuang untuk menuntut kemerdekaan negara kita.. tak lupa juga , kita kena sedar apa usaha kerajaan untuk membuat rakyat malaysia ni hidup selesa.. kamu semua jangan dok komen je.. kerajaan ni la , tu la dan sebagainya .. cuba la hang pikir apa akan jadi kalau kita tiada pemimpin , bandingkan negara kita dengan negara yang kurang berkemampuan dari negara kita.. kit kena bersyukur tau .. negara kita ada banyak kemudahan tahun demi tahun.. bukan senang jadi kita kena la paham .. jangan dok pikir politik je dan cari kesalahan pemimpin..
Untuk latihan lak , aku belajar yang apa sahaja yang kita buat , kita kena BERKORBAN .. nak capai kejayaan perlu pengorbanan , semangat yang tinggi , disiplin , kerjasama dan sebagainya.. then , anggap cemuhan itu sebagai cabaran untuk kita berjaya , pedulikan pikiran negatif... yang pasti , aku akan merindui semua cikgu , kawan dan kenangan pahit manis kita semua bersama.. makan minum sama , kena marah bersama , penat dan ketawa bersama , cari gaduh manja ngan kontinjen selangor bersama dan macam-macam lagi.. selama sebulan kita lakukan bersama sebagai kontinjen Kuala Lumpur dan sebagai sebuah keluarga besar.. I WILL MISS ALL THAT dan sematkan dalam minda..
P/S : even aku da keluar dari group bbkl kat fb , aku masih ambil tahu perkembangan group tu.. aku simpan gambar kontinjen kl. yang pasti aku akan kenang benda ni sampai bila-bila..semoga hubungan persahabatan kita tak putus dan aku doakan kamu semua berjaya.. lain sekolah , lain perangai , lain jantina dan macam-macam lagi tapi boleh bergabung untuk kemerdekaan negara..KONTINJEN BICARA BERIRAMA 2012 IS THE BEST AND AMAZING !!!!!!!
ingat trademark ni "KL ??????????? HEBAT !!!!!!!!!!!!!!!!!!" and "WHAT DO YOU SAY WHE WE SAY KL ?" hehe will miss all of us , the teacher , the conductor , the script , dikir barat , projog and EVERYTHING...so sad but happy..
WE PROUD TO BE MALAYSIAN dan kita da bagi gegar itu dataran merdeka 31 OGOS 2012 !!!
TAHNIAH kawan-kawan :D
ya Allah bestnyaa dpt nyambut hari kemerdekaan sedemikian... waaahhhh... ena time sekolah dlu, tak dpt merasai semua ni.. kalau kt U apatah lgi an.. wahhh....
ReplyDelete