Saturday, 22 September 2012

Lovely Friends



Assalamualaikum and hello to all readers... kamu semua apa khabar ? harap sihat-sihat selalu , kalau sakit pepandai la minum ubat atau jumpa doktor ok  >.<

ermm hari ini aku nak cerita serba sedikit kawan yang agak rapat dengan kehidupan aku... seorang lelaki dan seorang perempuan...
   Dalam hidup aku , Cuma ada dua orang je yang agak rapat dengan aku walaupun kami ni bukan kawan karib... tapi , setakat ni mereka dua saja yang senantiasa ada di sisi aku semasa aku ketawa atau nangis.. itu maksudnya hanya mereka kawan yang sanggup kongsi suka dan duka bersama aku walaupun bukan selalu...tu kira ok la daripada orang lain..yang perempuan tu nama dia “Nur Siti Khadijah bt Siheab” dan yang lelaki pula bernama “Muhd Afiq bin Azli”
    Mereka ni boleh dianggap kawan segala kawan juga la...kami sama sekolah , sama kelas dan hampir sama perangai(sekepala) .. kami bertiga selalu berkongsi cerita atau pendapat... bila salah satu dalam kesusahan , yang lain mesti tolong .. kadang-kadang kami ada juga gaduh , tapi Alhamdulillah persahabatan kami masih terjalin seperti biasa.. aku pun kenal mereka ni sejak dari tingkatan 1 sampai lah sekarang.. so , kami tahu sikap di antarasatu sama lain.. kami ada persamaan juga la , contoh kami ni  sensitif , gila-gila , open minded dan sebagainya...
     Kami ni hanya kawan biasa tapi kalau nak lepak ke , study ke atau apa saja (yang senonoh je la) , kami mesti buat sama-sama.. kalau kami ada je , mesti jadi riuh punya , mana tak nya semua banyak bising dan suka buat idea gila.. aku bersyukur ada kawan macam mereka , walaupun tidak rapat , tapi bila difikir masak-masak , hanya mereka berdua yang banyak meluangkan masa dengan aku... bersama mereka la aku cari gaduh , minta pendapat , menangis , ketawa , main dan seterusnya..

       
      AFIQ
bagi aku , dia seorang yang sangat ceria tapi agak sensitif.. kalau aku buat dia sakit hati , memang susah untuk aku pujuk... kena tunggu dia da reda baru ok..aku jarang gaduh lama-lama dengan dia sebab aku rasa kami saling memerlukan .. maksud aku , aku selalu perlu bantuan dia dan begitu juga dengan dia.. oh ya , kalau apa-apa kerja yang dia nak buat ke apa , mesti dia akan tanya pendapat aku.. bila dah siap , dia akan tunjuk kat aku dan tanya pendapat aku sekali lagi.. aku pun tak tahu la kenapa , tapi so far kalau aku cakap kerja dia bagus dan lawa ke apa , baru dia puas dengan hasil yang dia buat... afiq ni seorang yang sangat rajin , pandai dalam IT , pandai mengkritik dan macam-macam lagi.. kadang-kadang juga , kami mengalami masalah yang sama dan kami selalu berkongsi satu sama lain... dia ni pun seorang pendengar yang setia..kawan lelaki yang sangat baik dengan aku dan yang paling faham akan sikap aku...





      KHADIJAH
pada pandangan aku , dia ni seorang yang sangat peramah , ceria , muka tahu malu(selalunya) , sensitif , dan banyak lagi.. kalau aku describe dia ni , memang berjela la.. apa pun perangai dia dengan aku hampir sama , Cuma berbeza sikit je.. dia ni yang paling rapat dengan aku dan family aku.. kami sangat memerlukan satu sama lain.. kami selalu ada masalah sama dan banyak yang kami kongsi bersama.. dia ni kawan suka dan duka aku.. dia yang selalu tahu apa masalah aku , tak kira la masalah family ke , kawan ke atau pun masalah percintaan.. dia selalu datang rumah aku.. da boleh cakap family dan rumah aku ni umpama family dan rumah dia juga.. kalau dia ada problem , mesti dia share dengan aku.. tapi , tak semua sebab dia ada bestfriend dia sendiri..aku dan dia hanya rapat di luar sekolah sahaja..aku pernah kutuk dia , gaduh dengan dia dan dia pun macam itu juga.. tapi , syukur aku dan dia masih berkawan..dia ni boleh dikatakan orang yang paling rapat dengan aku selepas keluarga aku..





TERIMA KASIH ye afiq dan khadijah.. kau berdua je yang paling memahami aku dan rapat dengan aku.. maafkan aku kerana aku banyak buat silap dan salah dengan kau berdua secara sengaja atau tidak sengaja..walaupun kita bukan BFF , tapi kita banyak spend time together.. susah senang kita bersama..kita pun kenal sejak jejak di alam persekolahan sekolah menengah lagi sampai sekarang.. aku harap afiq dan khadijah akan berjaya dalam hidup masing-masing..aku hargai pengorbanan kau berdua untuk aku.. terima kasih kerana sabar dengan karenah aku dan hadir dalam hidup aku walaupun hanya sebagai sahabat... banyak kenangan kita bertiga yang suka dan duka.. best of luck to all of you for spm until your last breath.. jaga diri baik-baik , capai la cita-cita kau berdua , halal kan makan minum aku , halalkan kalau aku ada hutang , terambil alat tulis kau berdua , senang cerita halalkan semua yang aku pernah buat tak kira sengaja atau tak sengaja ye... aku sayang kau berdua gila-gila... kau berdua kawan aku yang TERHEBAT dan BERNILAI yang Allah pernah bagi kepada aku.. semoga persahabatan kita tetap terjalin J 










Da Baca ? Like , Donate N Komen Ye .

0 comments:

Post a Comment

Hello guys . Thanks for reading . Take Care :)