Aku ni bersekolah di SMK Taman Maluri, Cheras,Kuala Lumpur...Dulu aku tak sangka pun aku akan dapat sekolah ni sebab ada khabar angin mengatakan sekolah ni teruk...tapi , mahu tak mahu , aku daftar juga di sekolah ni sebab sekolah lain da penuh..
Jujur la ye , dulu aku tidak berkenan dengan sekolah ni...Tapi , setelah aku bersekolah di sini selama hampir 4 tahun.. aku mulai menerima persekitaran sekolah ni..
Masyarakat sekeliling suka memandang rendah terhadap sekolah maluri ni sebab sekolah ni rekod akademiknya tidak sehebat lain.. bahkan , sekolah kami juga hampir dapat tempat tercorot di zon pudu..BUT , DON’T JUDGE IT BEFORE YOU KNOW IT ! ye aku ngaku sekolah ni tidak setanding sekolah Lokman atau sekolah Kluster seperti Aminuddin baki.. tapi , itu bukan jadi masalah aku untuk belajar di sini..
Kami mungkin lemah dari segi akademik , tapi sekolah kami bagus dalam kokorikulum...
Seteruk-teruk sekolah kami pun , masih ada yang bekas pelajar kami yang berjaya dalam hidup mereka...Sekolah kami juga ada melahirkan seorang pelumba motor Malaysia yang terkenal di mata dunia...Sekolah ini juga ada melahirkan pesilat negara... jadi , jangan pandang rendah sekolah aku walaupun ianya tidak terkenal dan tidak sehebat sekolah awak tu..
Murid-murid sekolah ini ada yang baik dan ada juga yang nakal..ni bukan masalah sekolah aku je..sekolah lain pun ada kan...oh ya , aku bersyukur dapat sekolah ni.. cikgu dia memang best la ! aku bersyukur sebab cikgu dia ajar satu persatu sampai murid dia paham... bahkan , sebenarnya di sekolah aku ada banyak guru cemerlang Kuala Lumpur dan berpengalaman..kalau ada majlis , murid-murid sekolah aku memang akan buat majlis tu bertambah menarik dan meriah...
Warga sekolah Taman Maluri ni memang sporting habis la...semenjak sekolah aku dapat pengetua baru , akademik sekolah kami semakin baik dari semasa ke semasa.. dan sekarang kami dapat PK HEM yang pernah bertugas di sini 10 tahun yang lalu.. haha..aku harap dengan ada nya pengetua dan PK HEM yang baru tu , sekolah aku akan menjadi lebih baik dan tiada lagi yang memandang rendah sekolah ni lagi...
Lasty , aku cuma nak ingat kan bahawa :
“jika hendak berjaya , ia bergantung kepada setinggi mana usaha anda , sebesar mana pengorbanan anda.. jika hendak berjaya , ia bukan bergantung kepada
sekolah mana yang kita belajar atau guru yang mengajar kita.. sesungguhnya , kita yang menentukan sendiri sama ada hendak berjaya atau sebaliknya”
0 comments:
Post a Comment
Hello guys . Thanks for reading . Take Care :)